Saturday, April 11, 2009

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA ( buat insan bergelar lelaki )

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
tanpa mereka...
Fikiran dan perasaan dalam resah
Masih mencari walau ada segalanya
apa yang tiada dalam syurga..?
Namun Adam tetap rindukan Hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk lelaki
yang bengkok itu..
untuk diluruskan oleh lelaki...

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok itu
punyai bayang yang lurus..
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduanNya,
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka akan liat,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka dengan zat Allah,
Zat yang kekal kerana
di situlah punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya...
tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca
kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera
hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia
kerana daripada situlah nantinya
mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan,
Bisiklah di telinga mereka bahawa
ia bukan diskriminasi Tuhan
sebaliknya disitulah
Kasih dan Sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri dengan Allah
nescahya akan jinaklah segalanya di bawah
pimpinanmu..

Jangan mengharapkan isteri
sebaik Fatimah Az-Zahrah
Andai diri kau tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahuwajhah...


~Uan~

2 comments: