Saturday, April 11, 2009

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA ( buat insan bergelar lelaki )

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
tanpa mereka...
Fikiran dan perasaan dalam resah
Masih mencari walau ada segalanya
apa yang tiada dalam syurga..?
Namun Adam tetap rindukan Hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk lelaki
yang bengkok itu..
untuk diluruskan oleh lelaki...

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok itu
punyai bayang yang lurus..
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduanNya,
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka akan liat,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka dengan zat Allah,
Zat yang kekal kerana
di situlah punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya...
tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca
kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera
hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia
kerana daripada situlah nantinya
mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan,
Bisiklah di telinga mereka bahawa
ia bukan diskriminasi Tuhan
sebaliknya disitulah
Kasih dan Sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri dengan Allah
nescahya akan jinaklah segalanya di bawah
pimpinanmu..

Jangan mengharapkan isteri
sebaik Fatimah Az-Zahrah
Andai diri kau tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahuwajhah...


~Uan~

Kita Jatuh...

- Bukan kerana kita lemah tetapi tidak bersedia

- Bukan kerana kita tak cerdik tetapi malas

- Bukan kerana kita sibuk tetapi tidak mahu gunakan masa

- Bukan kerana kita tidak sedar tetapi tidak mahu buat

- Bukan kerana kita bisu tetapi lebih bercakap untuk mencerca dan mengutuk

- Bukan kerana kita cacat tetapi tidak mengoptimumkan nikmat yang dikurniakan

- Bukan kerana kita tak ramai tetapi tak bersatu padu

- Bukan kerana kita bukan hamba tetapi suka menanti bulan jatuh ke riba

- Bukan kerana kita tiada senapang tetapi tiada peluru

- Bukan kerana kita tiada pahlawan tetapi lebih suka berlawan sesama sendiri



~ Uan ~

Friday, April 3, 2009

Alhamdulillah... :D :D :D..!!!

Thank you for your application to UNISEL. Terima kasih di atas permohonan anda ke UNISEL.

Your IC Number : **)#!#@#%#(%
Your ID Number : SECRET
Your Application Status is : SUCCESS
You have been offer for IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI INDUSTRI (KEPUJIAN) MAY 2009 INTAKE

Woohooo...!!

Almost 1 year and half i've never study, look at people with lappy, lepak at McDonald n bla bla bla duin assignment and all really make me jelous coz i love to study and duin all this projects stuff. And now its my turn to do all these projects and assignments, you know why..Becoz my application to Industrial University of Selangor (UNISEL) was approved..woohooo. KL..!!! here Uan come..!! haha

Misi-misi yang aku dah plan akhirnya dapat gak aku jalankan. Hui tak sabar wei. Thanx to those who doakan application aku success, terima kasih banyak-banyak,I really appreciated it. Ok enough..Yezzaa...!!! :D :D :D

"Yang baik semuanya datang dari Allah, yang hina semuanya datang dari diri aku sendiri..Alhamdulillah......"

Wednesday, April 1, 2009

Al Kisah Doktor

Ada satu cerita menarik nak aku share ngan korang. Kejadian nie btol2 terjadi pada tahun 1998 kalau tak silap ar. Cerita agak menarik, campur2 suspen sket. Cerita nie camnie..

Once ipon a time, adalah sorang doktor nie, doktor pakar jantung bekerja kat hospital pakar la kan, takkan kat workshop repair basikal. Jadi suatu hari dia kene heart-attack kat hospital tempat beliau bekerja,walaupon dia seorang pakar sakit jantung,tetap kener gak sakit jantung dan pada masa tue takdir dah menentukan, dengan izin Tuhan, doktor tersebut meninggal dunia. Keluarga dan sahabat handai beliau teramatlah sedih dan terperanjat,shock gitu kerana beliau seorang yang sihat dan periang. Dorang nie pon berpakatlah untuk buat tugu, kira macam monument la untuk mengenangkan doktor yang dah tinggalkan dorang nie. Jadi hatta, terbinalah satu tugu berbentuk jantung kat kubur tu,haa siap terpahat lagi tulisan dan apa-apa lagie lar..So kira proses perkebumian beliau berjalan lancar...

Lepas tue, selang dua bulan tak silap, ada lagi kejadian mcm nie terjadi kat hospital nie, aku rasa badi kot..kener sumpah ker pasal tak bayar bil api air, tak tau lar. So this time doktor pakar mata pulak yang mengalami kejadian yang serupa. Masa die tengah kejer korek n repair mara orang, tetiba jer mata dia naik gatal, tangan pon gatal pegi gosok mata tu,n ntah macam mane, bercurahlah cecair cecair merah pekat,sepekat dosa keluar dari setiap penjuru mata dan lobang hidong doktor nie. Innalillahiwa'inalilahiraji'un...ajal doktor nie pon sampai tatkala malaikat Izrail mencabot nyawanya persis 5 minit lepas dia gosok mata tadi. Pon sama, keluarga dan sahabat handai beliau pon nak buat gak monument untuk doktor nie, lalu dibinakanlah tugu monument berbentuk mata yang bulat.

Lepas abis majlis perkebumian nie, sumer orang pon nak balik la, ada yang nak masak, nak basuh kain sumer kan,buat ape nak dok kat kubur lama lama,tak der kjer per. Tapi ada sorang nie jer yang tetap duduk termenung kat kubur n tugu tue. Ada sorang mamat nie perasan, apa lagi die pon pagi la kat mamat sedih nie dan bertanya :

"Assalamualaikum..pe cher..? ya dia memang orang yang baik,tp ajal dah sampai, yang pergi tue biarkan la dia pegi ngan aman..tak payahla kita bersedih sangat, kita kner redhah.." kata mamat nie.

"Takder bro, aku pon tak tau camner nak crita kat ko apa yang aku fikir.." kata lelaki yang tengah emo ini.

"Hmm..ko cerita jer, sangkot2 pon takper, aku bleh dengar...mane tau aku boleh tolong..kan.." jawab mamat yang nak jadi hero nie.

"Takder, aku tengah pikir nie, kalu aku mati nanti meninggalkan dunia yang fana nie macamane plak.? camane plak nanti majlis perkebumain aku nanti.." mamat emo nie reply balik.

Mamat hero nie pon pelik ar, dan bertanya.." Asal plak, ko pikir ape..?"

"Aku nie doktor pakar gak,doktor pakar sakit kelamin.." jawabnya dengan penuh kesentolan.