Wednesday, April 1, 2009

Al Kisah Doktor

Ada satu cerita menarik nak aku share ngan korang. Kejadian nie btol2 terjadi pada tahun 1998 kalau tak silap ar. Cerita agak menarik, campur2 suspen sket. Cerita nie camnie..

Once ipon a time, adalah sorang doktor nie, doktor pakar jantung bekerja kat hospital pakar la kan, takkan kat workshop repair basikal. Jadi suatu hari dia kene heart-attack kat hospital tempat beliau bekerja,walaupon dia seorang pakar sakit jantung,tetap kener gak sakit jantung dan pada masa tue takdir dah menentukan, dengan izin Tuhan, doktor tersebut meninggal dunia. Keluarga dan sahabat handai beliau teramatlah sedih dan terperanjat,shock gitu kerana beliau seorang yang sihat dan periang. Dorang nie pon berpakatlah untuk buat tugu, kira macam monument la untuk mengenangkan doktor yang dah tinggalkan dorang nie. Jadi hatta, terbinalah satu tugu berbentuk jantung kat kubur tu,haa siap terpahat lagi tulisan dan apa-apa lagie lar..So kira proses perkebumian beliau berjalan lancar...

Lepas tue, selang dua bulan tak silap, ada lagi kejadian mcm nie terjadi kat hospital nie, aku rasa badi kot..kener sumpah ker pasal tak bayar bil api air, tak tau lar. So this time doktor pakar mata pulak yang mengalami kejadian yang serupa. Masa die tengah kejer korek n repair mara orang, tetiba jer mata dia naik gatal, tangan pon gatal pegi gosok mata tu,n ntah macam mane, bercurahlah cecair cecair merah pekat,sepekat dosa keluar dari setiap penjuru mata dan lobang hidong doktor nie. Innalillahiwa'inalilahiraji'un...ajal doktor nie pon sampai tatkala malaikat Izrail mencabot nyawanya persis 5 minit lepas dia gosok mata tadi. Pon sama, keluarga dan sahabat handai beliau pon nak buat gak monument untuk doktor nie, lalu dibinakanlah tugu monument berbentuk mata yang bulat.

Lepas abis majlis perkebumian nie, sumer orang pon nak balik la, ada yang nak masak, nak basuh kain sumer kan,buat ape nak dok kat kubur lama lama,tak der kjer per. Tapi ada sorang nie jer yang tetap duduk termenung kat kubur n tugu tue. Ada sorang mamat nie perasan, apa lagi die pon pagi la kat mamat sedih nie dan bertanya :

"Assalamualaikum..pe cher..? ya dia memang orang yang baik,tp ajal dah sampai, yang pergi tue biarkan la dia pegi ngan aman..tak payahla kita bersedih sangat, kita kner redhah.." kata mamat nie.

"Takder bro, aku pon tak tau camner nak crita kat ko apa yang aku fikir.." kata lelaki yang tengah emo ini.

"Hmm..ko cerita jer, sangkot2 pon takper, aku bleh dengar...mane tau aku boleh tolong..kan.." jawab mamat yang nak jadi hero nie.

"Takder, aku tengah pikir nie, kalu aku mati nanti meninggalkan dunia yang fana nie macamane plak.? camane plak nanti majlis perkebumain aku nanti.." mamat emo nie reply balik.

Mamat hero nie pon pelik ar, dan bertanya.." Asal plak, ko pikir ape..?"

"Aku nie doktor pakar gak,doktor pakar sakit kelamin.." jawabnya dengan penuh kesentolan.

1 comment: